BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 12, 2010

(PENGENALAN)BEBERAPA AGAMA YANG TERBESAR DI DUNIA

Seperti yang sedia maklum,kami akan menjelaskan kepada anda perihal berkenaan TUJUAN HIDUP manusia di dunia ini.Pernakah anda terfikir bagaimanakah hidup anda selepas mati???Semuanya bergantung kepada KEPERCAYAAN ATAUPUN AGAMA masing-masing,bukan?Jika seseorang manusia itu tiada pegangan dalam diri mereka ataupun dikenali sebagai 'NON RELIGIOUS' yang sesetengahnya hanya bergantung kepada NEUTRALISM semata-mata,apakah yang akan mereka fikirkan tentang kehidupan mereka selepas mati'?Sedangkan mereka hanya bergantung kepada NEUTRALISM dan hanya membiarkan neutralism bertindak kepada sesuatu keadaan ataupun situasi lalu mereka pun mengikut sahaja apa jua keadaan yang akan muncul dalam hidup mereka.Kepercayaan ini terlalu 'straight'.Adilkah hidup kita jika begini kepercayaan kita?Apakah TUJUAN HIDUP kita jika kita hidup berlandaskan neutralism semata-mata?


Jika seseorang itu mempunyai agama(pegangan yang tetap),semestinya agama itu akan menjelaskan perihal hidup selepas mati,neraka dan syurga,pahala dan dosa dan lain-lain.Ini bermakna seseorang itu mempuyai tujuan hidup dan akan menyiapkan bekalan untuk ke alam lain selepas mati mahupun bekalan yang akan menentukan seseorang itu masuk ke syurga ataupun neraka.Jikalau hidup anda berpandukan neutralism,apakah yang akan anda bekalkan untuk hidup anda selepas mati nanti?Bukankah kepercayaan ini membuatkan hidup kita ini tiada erti?Lebih baik bunuh diri sahaja...Kalau hidup pun,apakah tujuan hidup kita?Cuba anda renungkan dan fikirkan dengan mendalam...Setiap perkataan yang kami sebutkan mempunyai maksud yang mendalam...Fikirkan secara logik..

Apa yang kami utarakan di sini ialah masih berkenaan dengan TUJUAN HIDUP dan MEMBONGKAR KEBENARAN.Kami berharap agar anda dapat memahami bait-bait perkataan yang ingin kami paparkan kepada anda.Anda perlu baca dan berfikir dengan pandangan yang LUAS.Di sini kami ingin menambah pengetahuan anda tentang beberapa AGAMA YANG MENERIMA BILANGAN PENGANUT YANG BANYAK.

1.KRISTIAN:2.1 MILYAR PENGANUT

2.ISLAM:1.5 MILYAR PENGANUT

3.AGNOSTIC/AGAMA YANG BERPANDANGAN BAHAWA TUHAN TIDAK DAPAT DIKETAHUI:1.1 MILYAR

4.HINDU:1 MILYAR

5.CHINESE TRADITIONAL:400 JUTA

6.BUDHA:380 JUTA

7.INDIGENIOUS:300 JUTA

8.AFRICAN TRADITIONAL:100 JUTA

9.SIKH:25 JUTA

10.YAHUDI:20 JUTA

Apa yang dinyatakan di atas tidaklah tetap buat selama-lamanya.Ini bermakna kedudukan boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.Perubahan ini mungkin akan berlaku disebabkan oleh seseorang yang telah MENERIMA SESUATU KEBENARAN YANG NYATA(tepat) MAHUPUN KEBENARAN YANG TIDAK NYATA(tidak seperti apa yang dicari)

Huraian kami mengenai perbincangan terhadap sesuatu agama,tidaklah terhenti setakat ini.Kami akan mengupas lagi tentang pengetahuan-pengetahuan yang seharusnya diketahui oleh semua insan di muka bumi ini yang berkaitan dengan 'title' blog kami.Kami ingin nyatakan di sini bahawa kami dengan seikhlas hatinya ingin membongkar kebenaran yang terdapat di dunia ini dan tidak bertujuan untuk menyebelahkan mana-mana pihak,bangsa mahupun agama.Blog ini hanyalah bertujuan untuk MEMBUKA MINDA anda dan ingin anda BERFIKIR tentang KEBENARAN YANG TERSIRAT di sebalik kehidupan di dunia ini...

Thursday, June 3, 2010

UNCOVER THE TRUTH [membongkar kebenaran]

Assalamualaikum,kami ucapkan kepada semua pengunjung blog ini.Alhamdulilah dengan izin Allah s.w.t kami dapat membuat blog yang bertujuan untuk membongkar kebenaran yang selama ini tidak disedari oleh kebanyakan manusia di dunia.Blog ini kami dedikasikan kepada semua manusia tidak kira kaum,bangsa mahupun AGAMA.Kami hanya ingin mendedahkan kepada umum tentang masalah di dunia yang semakin kritikal terutamanya salah faham yang berlaku antara beberapa agama di dunia.


Seperti yang kita sudah sedia maklum,kebanyakan manusia kini semakin lupa akan identiti agama mereka sendiri walaupun secara zahirnya nama mereka melambangkan agama yang mereka anuti.Di samping itu,kesedaran dan kebenaran juga harus dibongkar agar tujuan hidup di dunia ini dapat kita fahami dengan lebih jelas lagi.Jadi,PERSOALANNYA ialah APAKAH TUJUAN HIDUP KITA INI....?Pernahkah kita memikirkan dan merenungkan persoalan ini selama kita masih bernafas di muka bumi yang fana ini....?

Oleh itu,nantikan kiriman yang seterusnya tentang isu yang ingin kami kupas ini.Sebagai penutup bicara akhir,kami pasti jawapan kepada persolan ini akan dapat membuka mata dan minda anda sekaligus dapat dijadikan arah untuk kita bersama-sama menuju ke jalan yang lurus dan BENAR.Sesungguhnya,yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada kita sendiri.