BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 30, 2010

SECRET SOCIETY-Freemason Di Tanah Air Tercinta,MALAYSIA...


Percaya atau tidak, inilah kenyataan yang sedang berlaku. Gerakan Freemason juga kuat di Malaysia. Antara yang paling kuat pengaruhnya di Asia. Apa yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajal ini. Hanya kerana harta dan kekuasaan, mereka sanggup menjual agama meraka.

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk. Cawangan ni bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji.
Kuala Lumpur: 3 loji.
Pulau Pinang: 1 loji.
lpoh: 1 loji.
Kuantan: 1 loji.
Kuching: 2 loji.
Port Dickson: 1 loji.
Port Klang: 1 loji.
Taiping: 1 loji.
Kota Kinabalu: 1 loji.

Bangkok: 3 loji.
Pattaya: 1 loji.

Di Malaysia terdapat 12 logde Freemason!! Manakala Thailand hanya ada 4 sahaja. Ini tidak termasuk lagi lodge-logde lain yang dibina di seluruh negara. Sama ada kita perasan ataupun tidak, inilah kenyataan sekarang.

Ini satu lodge di Johor. Ondaway ke Danga Bay anda pasti akan perasan bangunan ini.

0 comments: